Wednesday, August 24, 2011

Salah Faham Terhadap Masjid

MASALAH HISTOGRAFI

Ahli-ahli Sejarah tidak menganggap masjid nabi yang sederhana sebagai sebuah tipologi masjid.

"Ibnu Sa'ad, dalam biografi Nabi Muhammad S.A.W. menceritakan tentang sebuah kisah yang pada awalnya diceritakan oleh Abdullah bin Yazid yang mengunjungi Madinah pada tahun 707 masihi ketika kediaman Rasulullah masih lagi wujud. Di Madinah, Abdullah bertemu dengan cucu dari janda Rasulullah iaitu Ummu Salamah. Ummu Salamah telah bercerita kepada cucunya bahawa ketika Nabi Muhammad pergi dalam suatu perjalanan ke Duma pada tahun 626 masihi, Ummu Salamah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan ke atas rumah nabi dengan batu bata yang dibakar. Sekembalinya Rasulullah dari perjalanannya, baginda kemudian menegur Ummu Salamah dengan berkata, "Oh Ummu Salamah! Ketahuilah bahawa hal yang paling tidak menguntungkan dan memakan harta dari orang beriman adalah bangunan". Pendapat ini kelihatannya telah menjadi suatu keyakinan di antara orang Arab ketika itu hingga ke zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. KAC Creswell berpendapat terlalu jauh dengan menyatakan bahawa Arabian ketika ituhingga ke zaman Khulafa' menunjukkan sebarang gerakan senibina sehingga istilah "Arab" tidak seharusnya digunakan untuk menjelaskan atau dirujuk sebagai Seni bina Islam." - JD Hoag 1989, Islamic Architecture. Halaman 10

DILEMA RUMAH TUHAN

Masjid didefinisikan sebagai bangunan yang 'BESAR' untuk 'Patung Tuhan' atau 'Semangat Tuhan'. Bangunan yang mempunyai Ritual Khusus untuk Peribadatan. Ruang untuk bertafakur atau menyendiri dan diletakkan di tempat yang agak terpencil dan menyendiri seperti di atas bukit atau di tengah tasik.

"Perhatikanlah sebuah masjid, kuil atau gereja. Kesemuanya adalah suatu tempat dimana kita mencuba meningkatkan spiritual kita dan berjumpa dengan tuhan. Bangunan-bangunan ini adalah tempat dimana 'Dia' tinggal, tempat dimana kita mengasingkan diri dan berkomunikasi dengan 'Dia'. Ia adalah tempat dimana kita merasa paling selesa dimana kehadiran, kedamaian dan kenyamanan paling kita rasakan. Ia adalah tempat kita berlindung." - Jimmy Lim, 1990

MASALAH IDEA "SENIBINA SPIRITUAL"

Pengertian Ibadah telah dipersempitkan kepada kegiatan spiritual sahaja.

"Sejarah dari pelbagai agama telah memperkenalkan 2 pengaruh yang sepertinya mengurangi aspek hukum suatu agama dengan menghadkan subjek permasaalahan yang berkenaan dengannya iaitu yang pertama merupakan usaha untuk mendifinasikan istilah keagamaan dalam erti yang agak terbatas dan sempit. Sementara yang kedua merupakan kebijaksanaan dalam pemerhatian yang asing melalui Yahudi, Kristian dan Islam. Usaha untuk membatasi aspek hukum suatu agama dengan memeberikan penafsiran sempit membawa kepada berbagai teori yang mencuba mengasingkan elemen-elemen suatu agama dan mencuba mengidentifikasinya dengan istilah "Yang berkeagamaan", "Yang suci", "Yang disucikan". Permasalahan utama dari teori ini adalah terjadinya pengurangan analisa terhadap fenomena agama menjadi sesuatu yang lain yang sesuai dengan keinginan penelitinya" - Ismail Faruqi, 1988.

MASALAH IDEA SEBENAR SENIBINA

Hanya bangunan yang 'monumental' dan mengukir emosi boleh digelar 'Architecture'

"Sebuah Kathedral adalah suatu karya Seni Bina, sebuah garasi hanyalah sebuah tempat tinggal" - Niklaus Persvner, 1920an

"Tanah Arab pada masa awal perkembangan Islam, tidak memperlihatkan suatu produk yang layak disebut sebagai Sebi Bina. Hanya sebuah kelompok kecil masyarakat yang tinggal dalam suatu tempat tinggal yang layak disebut sebagai pondok." - Creswell 1958, Short Account of Early Muslim Architecture. Halaman 1

AGENDA POLITIK


Agenda politik penguasa seringkali menjadi topik yang menarik namun dianggap tidak penting dan berpengaruh terhadap perancangan masjid.

"Ziyad yang menyedari pergerakan dan semangat politik di kota Iraq, akhirnya menyedari peranan politik terhadap masjid, yang mendominasi posisi mewujudkan konsentrasi politik dan sosial dari empayar Arab. Pada masa yang sama, beliau merasakan bahawa masjid dari berbagai kaum yang wujud, berbahaya untuknya. Oleh kerana itu, beliau kemudiannya mempercantikkan dan memperbesarkan masjid Agung, sehingga keindahan dan kebesarannya akan mengalahkan masjid kaum dan menarik orang untuk datang kepadanya." - Creswell, 1985. Halaman 12 - 13

BERFOKUSKAN PADA OBJEK DAN BUKAN PADA NILAI

Memfokuskan pembahasannya hanya kepada bentuk fizikal dan bukannya nilai dalaman.

"Jika 'Islam' merujuk kepada Agama Islam, dan 'Muslim' merujuk kepada orang-orang yang mengamalkan Islam, maka istilah 'Seni Bina Islam' diterapkan pada bangunan-bangunan yang diinspirasikan oleh pemikiran dan ibadah Islam dan dibuat untuk memenuhi keperluan agama Islam, dimana, 'Seni Bina Muslim' lebih sesuai untuk diterapkan kepada semua bangunan yang berhubungan dengan kaum muslimin sebagai manusia." - Kamil Khan Mumtaz