Muslim Integrated Designers atau singkatannya M.I.D. adalah sebuah badan bebas yang berinisiatif untuk mengetengahkan isu-isu rekabentuk masjid secara lokal dan global.
Visi MID
Menjadikan MID sebagai sebuah badan bebas yang menjadi pencetus dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan rekabentuk masjid yang baik seterusnya dapat menyusun satu garis panduan yang boleh dijadikan salah satu modul dan rujukan dalam pembangunan masjid akan datang.
Misi MID
- Mengenal pasti isu-isu dan permasalahan rekabentuk masjid pada masa kini dan seterusnya mengkaji dan mencadangkan beberapa garis panduan dan penyelesaian kepada permasaalahan rekabentuk masjid yang telah diutarakan mengikut pendekatan Al-Quran dan Sunnah.
- Mendedahkan dan mengetengahkan isu-isu rekabentuk masjid kepada masyarakat Islam di dalam mahupun luar negara dengan kepelbagaian cara yang mungkin dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan syara'
- Menggalakkan penglibatan golongan muda dan profesional dalam pelbagai bidang dan disiplin untuk menyumbang idea dan tenaga dalam pembangunan dan rekabentuk masjid yang memilik ciri-ciri kreatif dan pragmatis.
No comments:
Post a Comment