PUSAT PENDIDIKAN
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Berkumpullah, kerana aku akan membacakan satu pertiga dari Al-Quran kepadamu. Dan kami pun berkumpul di rumah beliau (Masjid Nabi)". - Sahih Muslim. Vol. 2. Halaman 387
PUSAT SOSIAL
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beberapa orang dari suku Abyssinia datang dan memberikan demonstrasi teknik berperang pada hari raya di masjid. Rasulullah s.a.w. mengundangku untuk melihat demonstrasi tersebut. Aku letakkan kepalaku di bahu baginda dan mulai melihat demonstrasi tersebut hingga kemudian aku yang meninggalkan mereka. - Sahih Muslim. Vol. 2. Halaman 421
PUSAT KEMANUSIAAN
Diriwayatkan oleh Annas r.a., beberapa barang datang kepada Rasulullah dari Bahrain. Rasulullah s.a.w. memerintahkan orang-orang untuk membahagi-bahagikannya di dalam masjid itu. Itu merupakan jumlah barang terbesar yang pernah Rasulullah terima. Baginda meninggalkan barang tersebut untuk solat bahkan tanpa melihatnya sedikit pun. Setelah solat, baginda kemudian duduk di hadapan barang-barang tersebut dan memberikannya kepada sesiapa yang dia lihat. - Sahih Al-Bukhari. Vol. 1. Halaman 246
PUSAT DAKWAH
Sebuah utusan dari kaum Kristian Najran datang kepada Rasulullah. Seramai 60 pengendara kuda, 40 diantaranya berasal dari kaum bangsawan dari tiga kaum yang berkuasa.... Mohammad bin Ja'far menceritakan kepadaku bahawa ketika mereka datang ke Madinah, mereka datang ke masjid Nabi ketika baginda sedang melaksanakan solat tengah hari.... Para sahabat yang melihat mereka seperti utusan yang datang sebelumnya dan setelahnya. Masa untuk beribadah, mereka telah datang mereka berdiri dan beribadah dalam masjid Nabi, dan dibiarkan untuk berbuat demikian. Mereka beribadah menghadap ke Timur. - Sirah Ibnu Ishaq. Halaman 641 & 270
PUSAT POLITIK
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. akan menyiapkan mimbar untuk Hasan yang akan berdiri di atasnya untuk mengkritik (secara keras) sesiapa yang berbicara melawan Rasulullah. - Sunan Abu Dawwud. Vol. 3, Halaman 1349
No comments:
Post a Comment