MENARA, ARCA DAN KUBAH
Tidak ada dari elemen ini yang suci dan penggunaan elemen-elemen ini harus disesuaikan dengan keperluan asas pembentukan identiti, kemampuan merentang dari beberapa bahan seperti batu-bata dan konkrit dan perlanjutan dari tradisi tempatan.
ORNAMENTASI
Ornamentasi geometri dapat digunakan sebagai elemen universal. Tulisan kaligrafi sebaiknya digunakan di tempat yang dapat dengan mudah dibaca sebagai peringatan.
MIMBAR
Mimbar adalah sarana komunikasi, bukan mahkota. Oleh kerana itu, haruslah dilengkapi dengan sarana audio-visual untuk menjadikan ceramah dan kuliah lebih mudah didengari dan difahami. Rakaman setiap ceramah harus ada sebagai koleksi dokumentasi masjid. Mimbar sebaiknya tidak terlalu tinggi namun cukup untuk pandangan visual dan peredaran suara.
PERLETAKAN
Perletakan masjid di tempat yang mudah dijangkau oleh orang-orang pada kesibukan seharian mereka. Hindarkan untuk meletakkannya di atas bukit atau di tengah-tengah tasik dengan tujuan hanya semata-mata untuk kegunaan simbolik sahaja yang akan menyukarkan orang untuk mendatanginya.
SKALA
Skala yang bersifat monumental perlu dihindari kerana ia merupakan bahasa dari sistem autokrasi. Keseluruhan 'mass' skala bangunan masjid sepatutnya dipecahkan sehingga seluruh komposisi asimetri mempunyai sifat yang terbentuk dalam bahasa seni bina yang lebih ilmiah.
MIHRAB DAN DINDING KIBLAT
Pendefinisian dinding kiblat sangat perlu dari segi aspek ekspresinya. Mungkin penggunaan dinding sebagai pengingatan atau tidak digunakan dinding namun diberikan sebuah pandangan langsung ke arah taman dengan air mengalir untuk menciptakan pengudaraan yang kondusif sebelum dan setelah solat. Mihrab bukanlah suatu keharusan jika arah kiblat telah ditetapkan.
RUANG DALAMAN
Disarankan diwujudkan ruang dalam bangunan masjid yang menjadi pusat orang ramai dengan bertujuan mendidik seperti perpustakaan, galeri, tempat berkumpul, kedai, taman permainan kanak-kanak, tempat istirehat, tempat musafir dan lain-lain ruang yang diperlukan dalam komuniti sekeliling diwujudkan.
RUANG LUARAN
Disarankan kumpulan ruang untuk digunakan oleh orang untuk duduk beristirehat, taman permainan, kafetaria, taman refleksologi, taman aromaterapi, ruang taman berlegar yang teduh dan taman makanan diwujudkan bagi manfaat komuniti. Disarankan juga pagar keliling yang rendah daripada pagar yang tinggi dan tegak untuk mewujudkan suasana pertalian antara luar dan dalam kawasan masjid. Dicadangkan juga ruang pakir kereta yang teduh, ruang untuk musafir, tempat tinggal dan lain-lain.
MENGAMBIL FAKTOR MASA (SPIRIT OF TIME)
Ekspresi dari elemen seni bina harus mencerminkan Islam sebagai agama yang sesuai untuk masa sekarang dan Islam sebagai agama yang dinamik terhadap perubahan yang terjadi dalam masyarakat, sementara ia tetap berakar kuat pada nilai dan prinsip fundamental yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
MENGAMBIL FAKTOR TEMPAT (SPIRIT OF PLACE)
Masjid seharusnya menghormati keadaan iklim dan geografi untuk penghasilan seni bina yang pasif dan jimat tenaga. Penggunaan bahan-bahan semulajadi akan mengingatkan kaum muslimin tentang dasar kehidupan dan nilai yang berkekalan.
No comments:
Post a Comment