MENARA, ARCA DAN KUBAH
Tidak ada dari elemen ini yang suci dan penggunaan elemen-elemen ini harus disesuaikan dengan keperluan asas pembentukan identiti, kemampuan merentang dari beberapa bahan seperti batu-bata dan konkrit dan perlanjutan dari tradisi tempatan.
ORNAMENTASI
Ornamentasi geometri dapat digunakan sebagai elemen universal. Tulisan kaligrafi sebaiknya digunakan di tempat yang dapat dengan mudah dibaca sebagai peringatan.
MIMBAR
Mimbar adalah sarana komunikasi, bukan mahkota. Oleh kerana itu, haruslah dilengkapi dengan sarana audio-visual untuk menjadikan ceramah dan kuliah lebih mudah didengari dan difahami. Rakaman setiap ceramah harus ada sebagai koleksi dokumentasi masjid. Mimbar sebaiknya tidak terlalu tinggi namun cukup untuk pandangan visual dan peredaran suara.
PERLETAKAN
Perletakan masjid di tempat yang mudah dijangkau oleh orang-orang pada kesibukan seharian mereka. Hindarkan untuk meletakkannya di atas bukit atau di tengah-tengah tasik dengan tujuan hanya semata-mata untuk kegunaan simbolik sahaja yang akan menyukarkan orang untuk mendatanginya.
SKALA
Skala yang bersifat monumental perlu dihindari kerana ia merupakan bahasa dari sistem autokrasi. Keseluruhan 'mass' skala bangunan masjid sepatutnya dipecahkan sehingga seluruh komposisi asimetri mempunyai sifat yang terbentuk dalam bahasa seni bina yang lebih ilmiah.
MIHRAB DAN DINDING KIBLAT
Pendefinisian dinding kiblat sangat perlu dari segi aspek ekspresinya. Mungkin penggunaan dinding sebagai pengingatan atau tidak digunakan dinding namun diberikan sebuah pandangan langsung ke arah taman dengan air mengalir untuk menciptakan pengudaraan yang kondusif sebelum dan setelah solat. Mihrab bukanlah suatu keharusan jika arah kiblat telah ditetapkan.
RUANG DALAMAN
Disarankan diwujudkan ruang dalam bangunan masjid yang menjadi pusat orang ramai dengan bertujuan mendidik seperti perpustakaan, galeri, tempat berkumpul, kedai, taman permainan kanak-kanak, tempat istirehat, tempat musafir dan lain-lain ruang yang diperlukan dalam komuniti sekeliling diwujudkan.
RUANG LUARAN
Disarankan kumpulan ruang untuk digunakan oleh orang untuk duduk beristirehat, taman permainan, kafetaria, taman refleksologi, taman aromaterapi, ruang taman berlegar yang teduh dan taman makanan diwujudkan bagi manfaat komuniti. Disarankan juga pagar keliling yang rendah daripada pagar yang tinggi dan tegak untuk mewujudkan suasana pertalian antara luar dan dalam kawasan masjid. Dicadangkan juga ruang pakir kereta yang teduh, ruang untuk musafir, tempat tinggal dan lain-lain.
MENGAMBIL FAKTOR MASA (SPIRIT OF TIME)
Ekspresi dari elemen seni bina harus mencerminkan Islam sebagai agama yang sesuai untuk masa sekarang dan Islam sebagai agama yang dinamik terhadap perubahan yang terjadi dalam masyarakat, sementara ia tetap berakar kuat pada nilai dan prinsip fundamental yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
MENGAMBIL FAKTOR TEMPAT (SPIRIT OF PLACE)
Masjid seharusnya menghormati keadaan iklim dan geografi untuk penghasilan seni bina yang pasif dan jimat tenaga. Penggunaan bahan-bahan semulajadi akan mengingatkan kaum muslimin tentang dasar kehidupan dan nilai yang berkekalan.
Monday, October 24, 2011
Sunday, October 16, 2011
Kurikulum Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
PROGRAM AKADEMIK
Membangun sumber informasi untuk muslim dan bukan muslim.
PROGRAM FIZIKAL
Membina keperibadian muslim yang kuat secara fizikal dan spiritual.
PROGRAM UKHUWAH
Membangunkan ukhuwah yang kuat antara anggota qariah serta masyarakat sekeliling dan membentuk sikap ambil tahu sesama muslim.
PROGRAM PEMUDA
Membina ciri-ciri peribadi pemuda dan pemudi yang bertanggungjawab dan tahu posisi dan peranan dalam masyarakat.

Saturday, October 15, 2011
Peranan Sosial Masjid Dari Sunnah
PUSAT PENDIDIKAN
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Berkumpullah, kerana aku akan membacakan satu pertiga dari Al-Quran kepadamu. Dan kami pun berkumpul di rumah beliau (Masjid Nabi)". - Sahih Muslim. Vol. 2. Halaman 387
PUSAT SOSIAL
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beberapa orang dari suku Abyssinia datang dan memberikan demonstrasi teknik berperang pada hari raya di masjid. Rasulullah s.a.w. mengundangku untuk melihat demonstrasi tersebut. Aku letakkan kepalaku di bahu baginda dan mulai melihat demonstrasi tersebut hingga kemudian aku yang meninggalkan mereka. - Sahih Muslim. Vol. 2. Halaman 421
PUSAT KEMANUSIAAN
Diriwayatkan oleh Annas r.a., beberapa barang datang kepada Rasulullah dari Bahrain. Rasulullah s.a.w. memerintahkan orang-orang untuk membahagi-bahagikannya di dalam masjid itu. Itu merupakan jumlah barang terbesar yang pernah Rasulullah terima. Baginda meninggalkan barang tersebut untuk solat bahkan tanpa melihatnya sedikit pun. Setelah solat, baginda kemudian duduk di hadapan barang-barang tersebut dan memberikannya kepada sesiapa yang dia lihat. - Sahih Al-Bukhari. Vol. 1. Halaman 246
PUSAT DAKWAH
Sebuah utusan dari kaum Kristian Najran datang kepada Rasulullah. Seramai 60 pengendara kuda, 40 diantaranya berasal dari kaum bangsawan dari tiga kaum yang berkuasa.... Mohammad bin Ja'far menceritakan kepadaku bahawa ketika mereka datang ke Madinah, mereka datang ke masjid Nabi ketika baginda sedang melaksanakan solat tengah hari.... Para sahabat yang melihat mereka seperti utusan yang datang sebelumnya dan setelahnya. Masa untuk beribadah, mereka telah datang mereka berdiri dan beribadah dalam masjid Nabi, dan dibiarkan untuk berbuat demikian. Mereka beribadah menghadap ke Timur. - Sirah Ibnu Ishaq. Halaman 641 & 270
PUSAT POLITIK
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. akan menyiapkan mimbar untuk Hasan yang akan berdiri di atasnya untuk mengkritik (secara keras) sesiapa yang berbicara melawan Rasulullah. - Sunan Abu Dawwud. Vol. 3, Halaman 1349

Wednesday, August 24, 2011
Salah Faham Terhadap Masjid
MASALAH HISTOGRAFI
Ahli-ahli Sejarah tidak menganggap masjid nabi yang sederhana sebagai sebuah tipologi masjid.
"Ibnu Sa'ad, dalam biografi Nabi Muhammad S.A.W. menceritakan tentang sebuah kisah yang pada awalnya diceritakan oleh Abdullah bin Yazid yang mengunjungi Madinah pada tahun 707 masihi ketika kediaman Rasulullah masih lagi wujud. Di Madinah, Abdullah bertemu dengan cucu dari janda Rasulullah iaitu Ummu Salamah. Ummu Salamah telah bercerita kepada cucunya bahawa ketika Nabi Muhammad pergi dalam suatu perjalanan ke Duma pada tahun 626 masihi, Ummu Salamah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan ke atas rumah nabi dengan batu bata yang dibakar. Sekembalinya Rasulullah dari perjalanannya, baginda kemudian menegur Ummu Salamah dengan berkata, "Oh Ummu Salamah! Ketahuilah bahawa hal yang paling tidak menguntungkan dan memakan harta dari orang beriman adalah bangunan". Pendapat ini kelihatannya telah menjadi suatu keyakinan di antara orang Arab ketika itu hingga ke zaman Khulafa' Ar-Rasyidin. KAC Creswell berpendapat terlalu jauh dengan menyatakan bahawa Arabian ketika ituhingga ke zaman Khulafa' menunjukkan sebarang gerakan senibina sehingga istilah "Arab" tidak seharusnya digunakan untuk menjelaskan atau dirujuk sebagai Seni bina Islam." - JD Hoag 1989, Islamic Architecture. Halaman 10
DILEMA RUMAH TUHAN
Masjid didefinisikan sebagai bangunan yang 'BESAR' untuk 'Patung Tuhan' atau 'Semangat Tuhan'. Bangunan yang mempunyai Ritual Khusus untuk Peribadatan. Ruang untuk bertafakur atau menyendiri dan diletakkan di tempat yang agak terpencil dan menyendiri seperti di atas bukit atau di tengah tasik.
"Perhatikanlah sebuah masjid, kuil atau gereja. Kesemuanya adalah suatu tempat dimana kita mencuba meningkatkan spiritual kita dan berjumpa dengan tuhan. Bangunan-bangunan ini adalah tempat dimana 'Dia' tinggal, tempat dimana kita mengasingkan diri dan berkomunikasi dengan 'Dia'. Ia adalah tempat dimana kita merasa paling selesa dimana kehadiran, kedamaian dan kenyamanan paling kita rasakan. Ia adalah tempat kita berlindung." - Jimmy Lim, 1990
MASALAH IDEA "SENIBINA SPIRITUAL"
Pengertian Ibadah telah dipersempitkan kepada kegiatan spiritual sahaja.
"Sejarah dari pelbagai agama telah memperkenalkan 2 pengaruh yang sepertinya mengurangi aspek hukum suatu agama dengan menghadkan subjek permasaalahan yang berkenaan dengannya iaitu yang pertama merupakan usaha untuk mendifinasikan istilah keagamaan dalam erti yang agak terbatas dan sempit. Sementara yang kedua merupakan kebijaksanaan dalam pemerhatian yang asing melalui Yahudi, Kristian dan Islam. Usaha untuk membatasi aspek hukum suatu agama dengan memeberikan penafsiran sempit membawa kepada berbagai teori yang mencuba mengasingkan elemen-elemen suatu agama dan mencuba mengidentifikasinya dengan istilah "Yang berkeagamaan", "Yang suci", "Yang disucikan". Permasalahan utama dari teori ini adalah terjadinya pengurangan analisa terhadap fenomena agama menjadi sesuatu yang lain yang sesuai dengan keinginan penelitinya" - Ismail Faruqi, 1988.
MASALAH IDEA SEBENAR SENIBINA
Hanya bangunan yang 'monumental' dan mengukir emosi boleh digelar 'Architecture'
"Sebuah Kathedral adalah suatu karya Seni Bina, sebuah garasi hanyalah sebuah tempat tinggal" - Niklaus Persvner, 1920an
"Tanah Arab pada masa awal perkembangan Islam, tidak memperlihatkan suatu produk yang layak disebut sebagai Sebi Bina. Hanya sebuah kelompok kecil masyarakat yang tinggal dalam suatu tempat tinggal yang layak disebut sebagai pondok." - Creswell 1958, Short Account of Early Muslim Architecture. Halaman 1
AGENDA POLITIK
Agenda politik penguasa seringkali menjadi topik yang menarik namun dianggap tidak penting dan berpengaruh terhadap perancangan masjid.
"Ziyad yang menyedari pergerakan dan semangat politik di kota Iraq, akhirnya menyedari peranan politik terhadap masjid, yang mendominasi posisi mewujudkan konsentrasi politik dan sosial dari empayar Arab. Pada masa yang sama, beliau merasakan bahawa masjid dari berbagai kaum yang wujud, berbahaya untuknya. Oleh kerana itu, beliau kemudiannya mempercantikkan dan memperbesarkan masjid Agung, sehingga keindahan dan kebesarannya akan mengalahkan masjid kaum dan menarik orang untuk datang kepadanya." - Creswell, 1985. Halaman 12 - 13
BERFOKUSKAN PADA OBJEK DAN BUKAN PADA NILAI
Memfokuskan pembahasannya hanya kepada bentuk fizikal dan bukannya nilai dalaman.
"Jika 'Islam' merujuk kepada Agama Islam, dan 'Muslim' merujuk kepada orang-orang yang mengamalkan Islam, maka istilah 'Seni Bina Islam' diterapkan pada bangunan-bangunan yang diinspirasikan oleh pemikiran dan ibadah Islam dan dibuat untuk memenuhi keperluan agama Islam, dimana, 'Seni Bina Muslim' lebih sesuai untuk diterapkan kepada semua bangunan yang berhubungan dengan kaum muslimin sebagai manusia." - Kamil Khan Mumtaz

Monday, April 11, 2011
PENGUMUMAN
Bismillah dan Asalamu'alaikum wbt,
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada follwers sekalian kerana sudah lama ruangan blog ini tidak dapat dikemaskinikan atas kepadatan jadual kerja / kelas / aktiviti harian ahli-ahli MID pada kebelakangan ini.
Walaubagaimanapun, dengan sukacitanya ingin kami mengumumkan kepada folowers sekalian bahawa dengan izin Allah MID masih lagi WUJUD dan BERNAFAS!
MID juga akan cuba dengan sedaya upaya yang mampu untuk mengemaskini dan berkongsi ilmu dengan followers sekalian dengan pengisian blog yang selanjutnya yang telahpun dirangka oleh MID iaitu :
'Sejarah Senibina Masjid Dunia dan Nusantara '
dengan kadar segera yang mungkin InsyaAllah, so PLEASE STAY TUNE!!

Sunday, January 23, 2011
Masjid Dhirar dan Tindakan Kriminal Orang-orang Munafik
Tadabbur surah At-Taubah 9:107-110 dari Tafsir Fi Zhilalil Quran
Kisah tentang masjid Dhirar adalah kisah yang menonjol dalam Perang Tabuk. Oleh kerana itu, orang-orang yang membangun masjid Dhirar itu dibidik secara tersendiri, dibandingkan kalangan munafikin yang lain. Dan tentang mereka diceritakan secara tersendiri, setelah selesai menjelaskan secara umum tentang kelompok-kelompok manusia dalam masyarakat muslim ketika itu.
Menurut Ibnu Katsir dalam tafsirnya, sebab turunnya ayat-ayat ini adalah bahwa di Madinah ada seorang dari suku Khazraj yang menjadi pendeta bernama Abu 'Amir, sebelum datangnya Rasulullah ke Madinah. Dia telah memeluk Nasrani pada masa jahiliah. Dia telah mempelajari ilmu Ahli Kitab, melaksanakan ritus Nasrani pada masa jahiliah, dan dia memiliki kehormatan yang besar di tengah suku Khazraj. Kemudian ketika Nabi s.a.w. datang berhijrah ke Madinah, dan suku kaum muslimin semuanya bersatu di bawah pimpinan baginda, agama Islam tampil mulia, dan diberikan kemenangan oleh Allah pada Perang badar, maka Abu ‘Amir menampakkan jati dirinya dengan menunjukkan permusuhan secara terbuka terhadap Islam.
Dia kemudian lari kepada kalangan kafir Mekah, iaitu suku Quraisy yang musyrik. Dia memprovokasi mereka untuk memerangi Rasulullah. Kemudian mereka bersepakat bersama beberapa suku Arab, untuk menyerang Madinah pada Perang Uhud. Maka, terjadilah apa yang terjadi terhadap kaum muslimin pada perang tersebut, yang menjadi cubaan bagi kalangan yang beriman.
Abu ‘Amir sendiri pada saat itu menggali lubang-lubang di antara dua pasukan. Rasulullah kemudian terperosok di salah satu lubang itu. Sehingga banginda terluka, wajah baginda terluka, gigi geraham kanan bahagian bawah baginda patah, dan kepala baginda terluka pula. Pada saat pertama duel antara dua pasukan, Abu ‘Amir mendatangi kaumnya dari kalangan Anshar, berbicara kepada mereka dan memujuk mereka untuk membela dan bersekutu dengannya. Namun ketika mereka mendengar ucapannya itu, mereka segera berkata, “Allah tidak akan memberikan ketenangan kepadamu, wahai fasik, musuh Allah!” Mereka pun mencerca dan memusuhinya. Sehingga, Abu ‘Amir merasa tak berdaya dan segera meninggalkan mereka sambil berkata, “Demi tuhan, kaumku telah tertimpa keburukan setelah kutinggalkan!”
Sebelum dia lari ke Mekah, Rasulullah telah mengajak dia untuk masuk ke agama Allah. Baginda juga membacakan Al-Quran kepadanya. Namun, dia telah menolak untuk masuk Islam dan memberontak. Oleh kerana itu, Rasulullah mendoakan atasnya bahawa dia akan mati di tempat jauh dalam keadaan terusir, sehingga dia tertimpa doa Rasulullah ini. Kerana ketika selesai Perang Uhud, dan dia melihat bagaimana agama yang dibawa Rasulullah makin berjaya dan diterima manusia, maka dia lari ke Kaisar Heraklius di Romawi untuk meminta bantuannya memerangi Rasulullah. Heraklius kemudian memberinya janji, menyambutnya dan memberinya tempat di kerajaan Romawi.
Kemudian Abu ‘Amir segera bergerak menyurati sekelompok dari sukunya di kalangan Anshar yang munafik dan masih ragu-ragu. Dia memberi mereka janji. Juga memberi gambaran kepada mereka bahawa dia akan datang dengan tentera lengkap untuk memerangi Rasulullah dan mengalahkan baginda, untuk kemudian merebut kedudukannnya dari Rasulullah. Dia juga memerintah mereka untuk menyiapkan tempat tersembunyi bagi utusannya dan tempat bertukar informasi, juga menjadi tempat baginya ketika dia datang ke Madinah nantinya. Oleh kerana itu, mereka segera membangun masjid di sebelah Masjid Qubaa’, yang mereka dirikan dengan megah dan kuat. Mereka selesaikan pembangunannya sebelum Rasulullah berangkat ke Tabuk.
Setelah itu, mereka mendatangi Rasulullah untuk bersolat di masjid mereka. Sehingga, nantinya mereka bisa beralasan dengan solatnya baginda di masjid itu bererti pengakuan dan dukungan Rasulullah atas masjid itu. Mereka juga mengatakan bahawa mereka membangun masjid itu kalangan lemah dari mereka dan bagi orang-orang sakit pada saat malam musim dingin! Namun, Allah menjaga Nabi-Nya s.a.w. untuk tidak solat di tempat itu. Baginda bersabda, “Kami sedang dalam perjalanan. Namun, jika mereka kembali, InsyaAllah kamu baru bisa memenuhi permintaan untuk solat di masjidmu.”
Kemudian ketika Nabi s.a.w. kembali pulang dari Perang Tabuk, dan saat itu baginda dalam perjalanan sejauh satu hari atau beberapa hari dari tempat itu, datanglah Malaikat Jibril yang membawa kabar tentang Masjid Dhirar dan rencana para pembangunnya yang bertujuan untuk kekafiran dan memecah-belah jamaah kaum muslimin di masjid mereka (Masjid Qubaa’) yang dibangun pertama kali di atas dasar ketaqwaan. Oleh kerana itu, Rasulullah segera mengutus orang untuk menghancurkan masjid itu sebelum baginda pulang ke Madinah. (Seperti itulah Ibnu Katsir meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas, dari Said bin Jubair, Mujahir, ‘Urwah ibnuz-Zubair, dan Qatadah.)
Ini adalah Masjid Dhirar yang Allah perintahkan Rasul-Nya untuk tidak solat di tempat itu. Sebaliknya, baginda diperintahkan solat di masjid pertama, iaitu Masjid Qubaa’, yang didirikan di atas dasar ketaqwaan sejak pertama, yang berisi orang-orang senang bersuci.
Masjid ini, iaitu Masjid Dhirar, yang didirikan pada masa Rasulullah sebagai pusat penipuan terhadap kaum muslimin, mereka dirikan semata untuk merosakkan kaum muslimin. Juga menyebarkan kekafiran kepada Allah, menjadi tabir penutup orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kaum muslimin yang bergerak di kegelapan, dan tempat kerjasama musuh-musuh agama Islam untuk memeranginya di bawah tabir agama ini sendiri.
Masjid seperti ini masih didirikan dalam pelbagai bentuknya yang sesuai dengan meningkatnya sarana-sarana kotor yang digunakan oleh musuh-musuh agama ini. Misalnya, menggunakan bentuk kegiatan yang tampilan luarnya untuk membela Islam. Namun, isinya adalah untuk memusuhi Islam, atau merosak, mengambangnya dan membuat ketidakjelasan bagi agama ini! Bisa juga berbentuk lembaga yang membawa slogan-slogan agama Islam yang menjadi tameng bagi mereka untuk memerangi agama ini! Bisa pula berwujud organisasi, buku, dan kajian yang berbicara tentang Islam untuk membius orang-orang yang gelisah yang melihat Islam sedang disembelih dan digilas. Kemudian mereka itu dibius oleh buku-buku dan kajian ini yang mengatakan bahawa Islam dalam keadaan baik, tak ada yang perlu ditakutkan dan dikuatirkan! Juga yang menggunakan pelbagai bentuk dan wujud lainnya.
Kerana banyaknya bentuk Masjid Dhirar ini, maka kita harus menyingkapnya, menurunkan slogan yang menipu yang mereka gunakan dan menjelaskan hakikatnya kepada manusia dan apa yang tersembunyi di belakangnya. Kita memiliki teladan dalam menyingkap Masjid Dhirar ini pada masa Rasulullah, dengan penjelasan yang kuat dan jelas itu.
Saturday, January 22, 2011
Monday, January 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)